Coret 1: Alissa
Bila Fitri mengenang Alissa.
Termenung lah dia di hadapan meja sambil jari menari nari di papan kekunci.
Bila Fitri merindui Alissa.
Dihirup Kopi Panas di sisi sofa sambil berangan mimpi yang ia dibancuh oleh Alissa.
Asyik Fitri memikirkan Alissa.
Dirinya disentak deruan si kucing mengiau menggesel di kaki Fitri.
Dan teringatlah Fitri bahawa Alissa sudah tiada lagi.
Sudah lama pergi menghadap sang pencipta langit dan bumi.
Fitri bingkas bangun, mengaut si kucng comel yang hanya digelar 'miow' dari tragedi maut 5 tahun lepas hingga ke hari ini.
Fitri hanya berani
melarikan diri
menyembunyikan diri
dan menafikan REALITI.
masih lagi bingung dalam konfusi diri,
Adakah Alissa boleh kembali?
No comments:
Post a Comment