“Berapa?”
“Tiga ratus okay lah..”
“Mahal sangat tu bro..”
“Tapi yang ni memang mantap!”Item bertukar tangan, mata wang diserah tanda sah pembelian.Dari jauh ternampak kelibat sebuah kereta mewah, kelihatan seperti BMW 5 series bertona hitam diletak bersebelahan dengan sebuah Mercedez Benz dengan rona hitam pekat yang samaTetapi ramai yang menduga, apa yang diperdagang sebenarnya?Apa yang mereka dagangkan boleh dilihat di hari hari biasa.Boleh juga diperhati oleh mata mata masyarakat jelata.Item dagangan pula bagaimana?Kadang kala mereka ini yang berpasrah rela kerana kesempitan hidup yang makin menyeksa. Dikecam kehidupan maharaja kapitalis yang semakin merobek nyawa.
Ada juga yang sekadar suka suka. Sekadar ingin keluar dari kepompong dunia.
Tetapi wujud juga yang dipaksa dera untuk melakukan sedemekian perkara.Transaksi Gadis oleh sang durjana. Ini perkara biasa. Dari masyarakat marhaen hingga lah yang paling berkuasa. Perkara ini perkara biasa.Dijual nya sesama saudara. Demi keuntungan diri semata.Persoalannya, sampai bila?
Sunday, 30 November 2014
Coret 4: Transaksi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment