Wednesday, 10 February 2016

Coret 8: Memori

"                              Tolong lah                             "
Kali ini, biar lah rasa nya sama.
Aku sudah mula rindu dan ingin bertemu dia.


Chen Jiao sentiasa dengan beg galas nya
kadang kadang dengan beg sandang

Tapi apa yang pasti, dalam beg tersebut baik mana mana beg yang dipikul bahunya sehari hari, pasti ada 2 perkara wajib

1) buku nota usang
2) tin tin kecil berisi pelbagai jenis daun teh dikisar halus

Chen hidup sebatang kara.. tambah teruk dia tak pernah terlihat dalam kelibat dan kerumunan kawan kawan nya

Kata orang putih, introvert? psycho?
Ah ! apa apa lah..

Chen sentiasa dengan tin kecilnya
Ada juga gadis gadis cuba cuba merapati Chen
(sebab Chen ni boleh tahan kacaknya)
tapi, dia tetap dengan daun teh nya.

Setiap hari adunan dan komposisi diubah, dikocah dan dirasa,
seolah olah dia sedang mencari sesuatu dalam gubahan perisa dari dedaunan teh yang di bikin nya.
Setiap gubahan dan rasa yang baru, akan terus dicatit di dalam buku.

Cumanya, dia bukan peminat bancuhan teh semula jadi
dan bukan juga sedang mencipta cara membuat teh dan resipi
Dia sedang mencari sesuatu, satu rasa yang memberi seribu satu makna.

Chen mash ingat rasa itu
Cuma dia tak tahu, dan sentiasa keliru akan berapa banyak yang ini dan berapa banyak yang itu
Untuk dia dapatkan rasa itu semula.

Sebab itu, dia masih bermain main dengan tin-tin kecilnya dan mencipta beribu rasa untuk halwa dahaga manusia.

Cumanya, Chen masih mencari..
Rasa pekat di awal, pahit di tengah dan manis di hujung lidahya yang pernah dihirup satu ketika dahulu.

Itu saja yang dia ada
itu saja yang ter-sisa di dalam kotak memori nya

Rasa pekat manis teh yang zufu (datuk) selalu bancuhkan untuk nya semasa dia baru sahaja usai bermain dengan kapal terbang kertas nya.

Tolonglah, kali ini biarlah rasanya sama.












No comments:

Post a Comment