Kekal suram dan kelam dalam kegelapan
Kadang kala teliti aku mendengar agar suara yang membimbing aku tidak tersusup dalam gelita
Suara nya sayu tapi semakin jelas seakan aku sedang menghampiri garis penamatnya
Perlahan hati memujuk:
Jangan takut akan masa yang beredar dalam aku sedang mengembara
Jangan takut akan masa yang beredar dalam aku sedang mengembara
Kerana aku pasti cahaya yang menanti di penghujung jalan ini akan kekal sama
sinar-nya
hangat-nya
Saat aku sudah mula menghampiri penamatnya
aku sudah mula rasa sinar dan hangat nya
Tetapi hangat dan sinarnya berbeza, hampa
Jauh sekali dari segar, kini aku rasa gusar
Ketika itu baru aku tahu yang kini memang benar bisikan suara itu dahulu
yang semuanya tak akan kekal sama
Langit kita sudah tidak diwarnai dengan warna saksama
Malah diconteng dengan arang dungu dan bodoh seisi-nya
Kalau begini, lebih baik aku kekal buta selamanya.
No comments:
Post a Comment