Coret 3: Janji
Izzuan berjanji untuk bertemu di sini. Dia tidak pernah memungkiri janji. Aqilah cuma menanti setia di tepi tasik menanti kelibat Izzuan yang tak kunjung mari. Mungkinkah Izzuan sudah lupa akan janjinya atau mungkin situasi kontemporari yang menghalang dia untuk ke sini.
Bersaksikan nur mentari, damai tasik yang mewangi. Di teratak usang inilah Izzuan berjanji untuk datang kembali selepas usai segala perkara yang perlu diurusi. Hati tidak merelakan apatah lagi genggaman tangan yang tak mahu melepaskan. Cubalah sedaya upaya, hari itu tetap hadir juga, Izzuan berlalu pergi.
Lamunan terhenti apabila bahu Aqilah disentuh lembut olah bondanya,
"Sudah lah tu Qilah, marilah kita pulang. Mentari senja pun sudah menjengah teratak usang ni."
Izzuan pergi ke Mumbai atas urusan kerja, berdiplomasi untuk kedaulatan negara. Di sana penuh marabahaya, letupan terbuka, tembakan melulu di kawasan awam. Kerana itu Aqilah tidak benarkan dia pergi tapi Izzuan sedar akan prioriti. Maka dilepaskan Izzuan tanpa rela hati.
Hanya cerobong radio yang menghubungkan Aqilah dengan Izzuan yang beribu batu jauhnya.Surat menyurat sekali sekala. Semuanya berjalan lancar bila satu hari letupan bomb berlaku di bangunan pentadbiran Mumbai, tempat Izzuan berususan untuk hari terakhirnya sebelum pulang ke tanah air tercinta. Hati Aqilah berdegup laju.
Laporan tiba beberapa hari selepasnya, jasad Izzuan tidak berjaya ditemui di mana-mana. Qilah rebah menderpa tanah. Hancur luluh hati seorang wanita yang selama ini menguatkan diri dengan semangat yang berbaki.
Tetapi hati dan firasat Aqilah tidak pernah berubah, sebab itu ditunggu Izzuan di teratak usang sehari hari selepas kejadian berlaku.
"Qilah yakin mak.. dia akan kembali.."
Ada yang mengata Aqilah sudah gila, menanti sesuatu yang tak kunjug tiba.
Tak kurang juga yang mengata, si Aqilah sudah terkena ubat guna-guna.
Tapi Aqilah lantakkan itu semua, hatinya dipaut sakti, diikat rapi oleh sebuah cinta yang harum hakiki
Tetapi, pokok gergasi pun kalau ditetak sehari hari pasti akan menyembah bumi .
8 bulan rutin yang sama diulang, Aqilah sudah mula patah hati, putus harapan yang menggunung tinggi yang semakin dikikis hujan ribut di dalam hati hari demi hari.
Aqilah mula menerima hakikat yang Izzuan tidak akan kembali.
Air mata dikesat.
Hati dan perasaan dipasak kuat.
Aqilah ingin berlalu pergi dengan harapan ditinggalkan segala memori.
Belum sempat Aqilah bangun dan berlari...
"Assalamualaikum.."
Aqilah menoleh, air mata mula menitis menyimbah bumi. Izzuan akhirnya kembali
No comments:
Post a Comment