Aku ini ibarat mahu terbang tapi tidak bersayap
Diberi sepasang asyik jatuh menyembah bumi, menderap tanah
Mungkin sampai bila-bila aku kan sentiasa di sini
Duduk di samping bumi dan hanya mampu melihat angkasaraya yang terbentang indah meluas
Tapi kau pula..,
Kalau nak dibanding dengan aku
Kita ibarat langit dan bumi
Kau jauh tinggi di petala langit
Aku pula duduk bersemadi di perut bumi
Damai lah engkau di angkasaraya penuh warna.
No comments:
Post a Comment