Suatu ketika merentas dekad dan zaman
Dikahwinkan seorang gadis suci bernama Asiah dengan seteruk teruk lelaki di mata dunia
Tuhan di mata manusia hina di mata yang Esa
Sejarah tercatat, Firaun nama nya
Tidak lah ada sirna bahagia dalam rumah yang mereka bina
Jauh sekali dari merasa teduhan bumbung cinta
Hanya dinding yang membelenggu duka dan lara
Namun,
Rahmat Tuhan itu lebih luas dari lautan, bumi dan se-isinya
Mungkin kasih tuhan pada Asiah bukan disalur pada suaminya
Kerana firaun tidak akan pernah menjadi rahmat buat sesiapa
Tetapi, dikurniakan Asiah seorang bayi bernama Musa yang akhirnya membawa ke jalan yang benar belaka
Kini, sirnanya kembali bercahaya
Tersedarlah Asiah keryika itu
Yang rahmat Tuhan buatnya terlatak pada anak tercinta
Dan setia nya pada kasih dan cinta Tuhan yang maha esa
No comments:
Post a Comment